February 14, 2011

The Last Sermon


Salam and howdy again, peepz. ^^
Since yesterday, I've been asked by my girl friends about what am I going to give to my boyfriend as Valentine gift, how are we going to celebrate the day, etc. My answers were simply all the same, "we're not celebrating it" and that's it. Well I wasn't annoyed by the questions at all. At least I know that they care about me. ^^

As for me, Valentine's Day is not necessary to show how much we love someone. Love is anywhere and anytime, it's even everyday and everywhere. Besides, as a Muslim, instead of celebrating the unimportant thing, I'd rather occupy myself with appreciation to our Prophet Muhammad SAW.






Here's another adaptation from www.iluvislam.com, the last sermon of Rasulullah SAW. I share this just to remind myself and all Muslim friends, and of course, as a teaching for me. 
This sermon was delivered 9 Zulhijjah of 10 Hijriah at Uranah Valley, Mount Arafah. So, enjoy reading and think about it. ^^

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang  hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi  dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti  kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia  telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,  maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara  kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya  mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak  untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka  kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang  teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

اللهم صل على سيدنا محمد

Peace

3 comments:

  1. semoga kita sentiasa berusaha be the good person ! dan sentiasa berusaha mencari ilmu kebaikan~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    salam maulidur rasul =)
    bagus..mcm tu la ^^

    ReplyDelete

Thank you for dropping by. Keep a song in your heart and have a nice day. Au revoir.
Aemy

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket